Wakaf Tunai
PENGERTIAN WAKAF TUNAI

Wakaf Tunai adalah untuk kemudahan bersama kepada semua pihak melaksanakan Ibadah Wakaf, iaitu berwakaf hanya menggunakan wang tunai untuk dikumpulkan dalam satu Tabung Amanah di bawah pengurusan Nazir yang diamanahkan untuk mengurus umpama Yayasan ABADA bagi maksud atau tujuan membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan atas maslahah Agama Islam.

WAKAF TUNAI YAYASAN ABADA

Wakaf Tunai yang di laksanakan oleh Yayasan ABADA sebenarnya bagi tujuan mengumpul wang tunai dalam satu tabung Amanah Dana pendidikan dan kebajikan.

Kemudiannya ditukarkan kepada asset kekal yang ditentukan manfaatnya iaitu membiayai keperluan membangun Institut Fi Rehaabil Quran ABADA.

Ia adalah sebuah Institusi Penerokaan Al- Quran bersanad Tertinggi di dalam negara Malaysia demi kepentingan pendidikan dan kebajikan masyarakat yang membawa maksud kepada perkembangan dan penyebaran Agama Islam sepertimana konsep dan reka bentuk pelan cadangan yang dikemukakan untuk pengetahuan semua.

PERANAN WAKAF TUNAI

Sebenarnya dalam komoditi Islam ada sejarah tersendiri mengenai Wakaf tunai kerana telah dipraktikkan sejak awal abad ke 2 Hijrah lagi (di mana Imam Az Zuhri Wafat 124H) iaitu salah seorang ulama’ terkemuka dan peletak dasar Tadwin Al-Hadith memfatwakan bahawa Wakaf dinar dan dirham dibolehkan untuk pembangunan prasarana dakwah, sosial dan pendidikan umat Islam.

Mulai Penghujung abad Ke-5 hijrah iaitu di awal Khalaf bahawa Wakaf tunai berkembang dengan pesat, terutama zaman pemerintahan Kesultanan Islam Alam Melayu, Pemerintahan Sultan Solahuddin Al- Ayyubi ‘Mesir’ , Pemerintahan Othmaniyyah ‘Turki’ dimana amalan Wakaf tunai telah berjaya membantu meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan , kesihatan, keselamatan , pertahanan dan sebagainya kepada masyarakat.

Selain penerimaan dan penglibatan masyarakat dalam Wakaf Tunai boleh membantu kerajaan berkembang maju, kerana Dana Wakaf Tunai telah digunakan sebagai pelengkap (complimentary) kepada usaha-usaha pembangunan Negara.

WAKAF TUNAI DI MALAYSIA

Peranan wakaf tunai di Malaysia adalah harus (dibolehkan) Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam kali Ke 77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort Kuala Terengganu berpendapat ” Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam”.