Ringkasan Eksekutif

ABADA sedang memainkan peranan meneruskan kesinambungan tugas besar yang dicetuskan dan dipelopori oleh tokoh Ulama’ pemikir agong Dunia Islam Melayu dan antarabangsa penasihat agama kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid Kerajaan Uthmaniah Turki dan Persekutuan Kerajaan Melayu Islam Alam Melayu (Nusantara) Al-Alamah Maulana Sayyid Sheikh Wan Ahmad Bin Sayyid Sheikh Wan Muhammad Zain bin Dato’ Panglima Kaya Sayyid Sheikh Wan Mustafa Bin Sayyid Sheikh Wan Muhammad Bin Sayyid Sheikh Wan Zainal Abidin (Fakeh Wan Musa Al-Jambusi Al-Senawi Al-Fathoni) tokoh Ulama’ besar Masjidil Haram Makkatul Mukarramah secara Talaqqi Sanad dan Ijazah Masyaeikh yang diperuntukkan bagi mendidik anak Warga Negara Bangsa Generasi Khalaf memberi tumpuan kepada Kemakuran, Keamanan, serta Kedaulatan Kesultanan Wilayah Islam Melayu Merdeka selama-lamanya.

Sesungguhnya Institusi Pondok Dinasti Nusantara yang tersebar luas kini diasaskan oleh Kesultanan Kedah Tua sejak Tahun 1136 Masihi hingga berlanjutan kepada Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah yang mengasaskan sistem pembelajaran berteraskan Al-Quran, Hadith, Kitab-kitab Turah, Pelajaran Ilmu Tauhid, Fekah, Akhlak dan Bahasa Arab Ulama’ Muktabar yang Ahli pada Babnya atas nasihat Mufti pada Tahun 1730 Masihi, kehebatan Institusi Pondok Ilmuan Islam bermula atas Titah Perintah Sultan, kerana hasrat Sultan tiada sesiapapun dari kalangan rakyat Baginda wajar menyimpang daripada ajaran Islam sebenar berada atas Aliran Fahamam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kemudian diteruskan oleh Almarhum Sayyid Sheikh Yusuf Bin Ahmad Al-Kenali Kelantan (Tok Kenali) kemudian diteruskan oleh Almarhum Sheikh Mahmud Nasri Othamani Al-Qadhi Pondok Lanai sebelum merdeka (Misbah As-Salam) kemudian diteruskan oleh Almarhum Sheikh Omar Zuhdi Soleh Pondok Lanai selepas merdeka (Misbah Al-Falah) sekarang ini. Kemudian kesinambungan diteruskan oleh Akademi Bimbingan Agama dan Al-Quran atas nama Maahad Tarbiyah Islamiah Wa Tahfizul Al-Quran atau Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (ABADA) yang ditubuhkan pada 17hb Rabiul Awal 1417H bersamaan 02hb Ogos 1996M iaitu sebuah Institusi Pendidikan Ilmu Islam, Al-Quran dan Bahasa Arab secara menyeluruh di rantau ini didaftarkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memenuhi tuntutan Fardhu Ain/Kifayah ke atas umat Islam amnya bagi melahirkan seberapa ramai Ulama’ yang Huffaz lagi berkemahiran dengan Ilmu Islam. Selain daripada untuk menyediakan para pelajar yang benar-benar berkemahiran dan mempunyai ilmu asas yang cukup sebelum pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam dan luar Negara.