Institut Fi Rehaabil Quran Abada

rehaabil_banner

PROJEK

projek-logo

Cadangan membina dan menyiapkan sebuat INSTITUT FI REHAABIL QURAN ABADA dan kerja-kerja berkaitan dengannya di atas tanah Lot 3344 dan 5263, Pekan Parit Panjang, Kupang, Kedah Darul Aman.

FASILITI

Pembangunan atas tanah seluas 15 ekar.

  • Pusat Tarbiah/Surau, Dewan Besar Serbaguna, Kompleks Pentadbiran 3 tingkat:
    • Pusat sumber
    • Auditorium
    • Pejabat
    • Bilik tutorial
    • Bilit sakit
  • Kompleks Pengajian 3 tingkat:
    • 40 bilik pengajian
    • 10 dewan kuliah
    • Pejabat
  • Dewan Makan, kompleks Penempatan:
    • 2 blok asrama pelajar
    • 15 rumah kakitangan
  • Kedai Pejabat 2 tingkat, Kemudahan rekreasi/sukan:
    • Gelanggang sukan
    • Taman rekreasi
  • Kawasan Rawatan Kumbahan
  • TNB sub-station
  • Lain-lain kerja yang berkaitan

 

REKABENTUK DAN KONSEP

Cadangan diterapkan menurut senibina Kerajaan Islam Abbasiyyah yang amat dikagumi masyarakat dunia.

pelan

Menurut pelan cadangan jurutera bertauliah:

ARASY CONSULTANCY,
No 49, Persiaran Sepakat Tiga,
Taman Indah Jaya,
31350, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Tel/Faks: 05 311 4180
Email: arasyc@gmail.com

PERBELANJAAN

Berdasarkan rekabentuk dan konsep fasiliti pelan pembangunan projek ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM 70 juta (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Juta Sahaja).

KEWANGAN

Kewangan projek ini dari Bajet Kumpulan Wang Tabung Pembangunan di bawah skim pecahan aset tanah dan bangunan kepada bahagian unit sebanyak 70 juta unit, kemudian ditawarkan kepada sesiapa yang prihatin dan berhajat dijadual dengan harga RM 1.00 (Satu Ringgit) seunit berdasarkan jumlah unit belian.

JUAL/BELI AMAL WAKAF

Yayasan ABADA menyediakan kemudahan jual/beli kepada muslimin muslimat yang berhajat memiliki harta kekal aset tanah dan bangunan yang sah berasaskan unit untuk memenuhi keperluan sedekah jariah berterusan bagi maslahah agama dan boleh hibah kepada pemegang amanah atas nama “Amal Wakaf”.

PEMEGANG AMANAH

Yayasan ABADA memilih menurut peraturan dan undang-undang Negara Malaysia daripada kalangan yang boleh dipercayai dan ada kelayakan serta memiliki ciri-ciri Akhlak Nubuwwah dan Wilayah yang tinggi sahaja untuk menjadi Pemegang Amanah (Trustee).

Hibah: Pemberian seseorang secara sukarela hak miliknya tanpa mengharapkan sebarang balasan atas maksud berpindah milik selama-lamanya.

Hibah Amanah: Adalah sesuatu akad kontrak pemberian hak milik tunai atau hak milik kekal seseorang kepada seseorang yang lain semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan balasan atau harta benda itu ia hibah kepada Pemegang Amanah untuk menghasilkan sesuatu bagi tempoh tertentu berdasarkan Sijil Amanah Wakaf (SAW) atas maslahah yang dipersetujui antara Penghibah dengan Penerima Hibah dan Pemegang Amanah.

AMAL WAKAF

Amal Wakaf adalah amal jariah berterusan dari harta yang sah milik kekal Ain Zatnya yang disertai dengan lafaz.

“Saya Wakaf Khas sebanyak ………………… unit bahagian saya yang terkandung dalam aset tanah dan bangunan Institut Fi Rehaabil Quran ABADA dan saya hibah atas maslahah Agama kepada Pemegang Amanah bagi menghasilkan aliran jariah untuk:
1. ….
2. ….

kerana Allah dan dengan ini berpindah milik bagi Allah selama-lamanya.”

Firmah Allah Ta’ala dalam surah At-Taubah, ayat 111, mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka beroleh syurga disebabkan mereka berjihad pada jalan Allah.”

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, mafhumnya:

“Apabila matinya seorang anak-anak Adam itu, terputuslah baginya segala amalannya melainkan tiga perkara:

  1. Sedekat jariah berterusan (amal wakaf)
  2. Ilmu yang memberi faedah dengannya
  3. Anak soleh yang berdoa untuknya

– Hadis Soheh”

KELEBIHAN

Dapat memenuhi hajat ahli dermawan budiman untuk memiliki harta kekal bagi melaksanakan ibadah Wakaf Amal (Sedekah Jariah Berterusan).

PENYERTAAN

Yayasan ABADA mengalu-alukan sebarang bentuk penyertaan sumbangan infak fisabilillah atau bantuan membangunkan Institusi Penerokaan Al-Quran Bersanad Tertinggi bagi tujuan penyebaran dan perkembangan ilmu Islam yang sangat barakah ini.

Yayasan ABADA menyediakan platform menunaikan ibadah umpama: Derma/Sedekah Jariah/Amal Wakaf dengan menikmati kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia pelepasan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6-7323

Setiap sumbangan menggunakan borang penyertaan yang disediakan atau melalui pegawai perhubungan atau wakil yang sah atau Cek/Money Order/Wang Pos/Bank Transfer/CDM/TT kepada:

Nama: YAYASAN ABADA

Bank No Akaun
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
02-048-01-005-5892
Maybank Islamic
552059-687209
CIMB Islamic
86-0162687-8

Borang penyertaan yang telah dipenuhi serta sumbangan dan slip bank hendaklah dikirimkan kepada alamat:

YAYASAN ABADA,
Lot 2853, Kompleks Pendidikan Islam,
Pekan Parit Panjang, Kupang,
09200, Baling,
Kedah Darul Aman.

Semua sumbangan atau bantuan yang diterima akan disahkan melalui jawapan Surat Akaun, Resit Rasmi atau Sijil Amanah Wakaf (SAW) bagi Amal Wakaf.

BROSUR
WAKAF ONLINE

Klik di sini untuk melakukan wakaf online ke atas projek ini.