Perutusan Eksekutif

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, semoga kaum Muslimin/Muslimat semua berada dalam keadaan dilimpahi Rahmat dan Redha Allah S.W.T Amin.

Pengunjung yang dirahmati,

Saya selaku Pengerusi Eksekutif Yayasan ABADA mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari laman web ABADA.

Laman web ini merupakan wadah berkongsi maklumat mengenai Aktiviti dan Program yang telah dan akan dilaksanakan oleh Yayasan ABADA.

Laman web Yayasan ABADA ini sebenarnya menyediakan perkhidmatan istimewa ke arah mendidik Anak Warga Negara Bangsa bersedia menanggung beban Agama Islam lalu berhijrah kepada Iman dan Taat serta menyucikan diri, keluarga dan masyarakatnya dari perkara Syirik dan Dosa berada di bawah kepimpinan manusia Agong Baginda Nabi Muhammad S.A.W disemua tempat dan masa panduan amalan berasaskan Al-Quran,Hadith, Ijma’ dan Qias bawaan Ulama’ Muktabar dan kesinambungan Sistem Pengajian Pondok Alam Melayu (Nusantara).

Laman Web ini menyeru khasnya kepada anda yang berhajat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dengan melakukan Ibadah Infaq Fisabilillah(sumbangan Amal Jariah) dan wakaf atau sebagai pewakaf atau bakal Pewakaf hendaklah memberi tumpuan kepada maslahah Agama dalam Bab bantu-membantu, tolong-menolong bagi meringankan beban kepada matlamat bersama membangun Prasarana Pembangunan Pendidikan Ilmuan Islam, Penyebaran dan Perkembangan terlaksana dengan jayanya, amatlah dihargai.

Yayasan ABADA sentiasa komited untuk melaksanakan sebarang aktiviti dan program yang dinyatakan untuk dijayakan sebaik-baiknya dengan mengambil kira perluasan tahap maksima penghasilan manfaat kepada masyarakat pemberi sumbangan Amal Jariah atau Pewakaf. Yayasan ABADA pada tahun 2016 ini akan berusaha terus melonjakkan pembangunan aktiviti Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Tahfiz Al-Quran, Penerokaan Al-Quran Bersanad Tertinggi dan Penerbitan Al-Quran Qiraat Asyarah serta penyebaran dan perkembangan di bawah program sumbangan Amal Jariah berterusan, Skim Wakaf Tunai (Korporat) selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia, supaya suasana pembangunan Amal Jariah dan Wakaf memberi impak positif yang berpanjangan terutama kepada umat Islam.

Oleh sebab ketentuan Ilahi saya diamanahkan sebagai Ketua Eksekutif terpaksa berperanan dan berusaha memastikan semua perancangan Yayasan ABADA dapat berjalan mengikut yang dirancangkan dengan jayanya dan mendapat redha Ilahi, Insya Allah.

Sesungguhnya saya amat berterima kasih dan mengalu-alukan sebarang cadangan aktiviti yang perlu dalam pelaksanaan Ibadah khususnya Ibadah Amal Jariah dan Wakaf di Malaysia.

Walaubagaimanapun apa jua aktiviti Amal Jariah dan Wakaf yang dilakukan oleh Yayasan ABADA, ianya akan dilaksanakan secara bersama dengan institusi yang didaftarkan di bawah kelolaan dan naungan Yayasan ABADA.

Sokongan anda amatlah disanjungi serta dihargai dan diucapkan Terima kasih kerana sudi melayari laman web Yayasan ABADA. Semoga mendapat manfaat daripadanya.

Selamat beribadah Amal Jariah dan Wakaf – Pelaburan Abadi.

Wassalam,

MEMBINA GENERASI SOLEH
PEMBANGUN GENERASI KHALAF

Yang Benar,

Hj Idris bin Hj Muhamud, A.M.K.
Pengerusi Eksekutif