Pengenalan
PENGENALAN

Yayasan ABADA satu pertubuhan membawa takrif nama “Akademi Bimbingan Agama dan Al-Quran” yang ditadbir oleh sebuah Lembaga dan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 22hb April 2013, nombor pendaftaran ialah PPM-011-02-22042013.

Yayasan ini menanggung matlamat untuk membangunkan sebuah Institusi Pusat Gerakan Penyebaran dan Perkembangan Agama Islam secara menyeluruh yang berterusan terulung dan terunggul di rantau ini dengan memberi bantuan memenuhi keperluan permintaan umat manusia, dengan kata lain mewakili ummah pembawa panji-panji agong penyebaran, perkembangan kemuliaan, kebesaran, keagungan Agama Islam ke seluruh pelusok dunia akhir zaman yang diperuntukan kepada umat manusia.

MATLAMAT
  • Menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan amal/khairat untuk masyarakat umumnya.
  • Memiliki hartanah dan aset untuk memenuhi keperluan tujuan yayasan dengan syarat persetujuan mesyuarat jawatankuasa serta tertakluk kepada kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa.
  • Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah di kalangan ahli-ahli khasnya dan masyarakat umum amnya.
  • Meninggikan taraf Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Al-quran peringkat rendah / menengah / tinggi kepada semua lapisan masyarakat.
  • Memohon kelulusan bagi mendapatkan pelepasan cukai pendapatan kepada yang memberi amal /khairat kepada Yayasan.
  • Mencari peluang atas tujuan menjana ekonomi yayasan melalui projek berdaya maju kekal atau sementara.