Tujuan, Fungsi & Seruan
TUJUAN

Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ilmu pendidikan agama Islam kepada institusi milik rakyat dan kerajaan sama ada dalam atau luar Negara serta membantu membina matlamat mendidik anak bangsa menerima beban agama serta memfardhukan agama Islam dan segala syariatnya atas diri rohani/jasmani untuk segera berhijrah kepada iman dan taat, segera membersihkan hati, lidah dan anggota umat manusia daripada melakukan pekerjaan syirik dan dosa.

FUNGSI

Menjalankan tugas perlaksanaan hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia bagi menunaikan ibadah melakukan kebaikan kepada makhluk seumpama Allah melakukan kebaikan kepadanya, sehingga tercapai maksud meningkatkan martabat manusia amnya yang keranaNya ia dijadikan dengan iman yang hidup, tubuh badan yang sihat, akhlak yang baik dan jiwa yang suci akan berhasil segala kebahagian yang dihajati.

SERUAN

Muslimin/Muslimat yang dirahmati Allah, bersama kita membuka ruang seluas-luasnya mengumpul seberapa ramai umat manusia bekerjasama memperbaiki amalan kehidupan dan perjalanan untuk mengembalikan semula status tamadun kemanusiaan dengan membesarkan segala Himmah bersungguh-sungguh usaha menjadikan segala daerah dan wilayah perbendaharaan ilmu pengetahuan, perladungan kepandaian, membuka mata kepada memandang cemerlang, gemilang, terbilang dan handalan sehingga kelihatan kemegahan kedaulatan wilayahnya di antara segala Alam dan tertinggi martabatnya di antara bani Adam dan bertambah nyata agama Islam atas segala agama.