Mursyid

mursyid

SHEIKH SOLAH KHALIFAH MOHAMMAD KHALIFAH

Beliau berketurunan bangsa Arab belajar Al-Quran dari umur 4 tahun. Menyambung pelajaran peringkat I’dadi dan Thanawi Maahad Almenia, Mesir, sehingga memperolehi Diploma Pengajian Islam dan Takhasus Pengajian Islam serta Bahasa Arab Kementerian Pelajaran Mesir dan memperolehi ijazah Sanad Al-Quran Wal-Qiraat Sepuluh Al-Kubra dan As-Sughra dan Tauliah Imam, Khatib dan Dakwah Kerajaan Mesir.

MURSYID ABADA

Memiliki Ijazah Sanad Al-Quran Qiraat sepuluh Al-Sughra dan Al-Kubra, Ijazah Sanad Hadith Sunan Sittah, Musnad , Jami’ Hadith An-Nabawi, Ijazah Sanad Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Nasafi, Tafsir Qurtubi, Tafsir Tabari,Ijazah Sanad kitab-kitab Nahu, Sorf dan Bahasa Arab.

PERKHIDMATAN

Pada peringkat awal berkhidmat sebagai guru Pengajian Islam, Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran Tajwid, Qiraat Sepuluh Al-Sughra dan Al-Kubra di Universiti Al-Azhar, Mesir. Kemudian Imam, Khatib, Imam Besar Masjid Ja’afar Bin Abu Thalib Mu’tah, Mazar, Karak, Jordan. Pendakwah Kementerian Awqaf Jordan semenjak tahun 1978.

PENGALAMAN

  • Guru Tilawah Al-Quran Qiraat Sepuluh Universiti Al-Azhar.
  • Imam, Khatib, Imam Besar Masjid Ja’afar bin Abi Thalib Mu’tah, Mazar bin Karak Jordan.
  • Imam, Khatib dan Pendakwah Kementerian Awqaf Kerajaan Jordan.
  • Ahli Majlis dan Mushrif Dar Al-Quran Jordan.
  • Ahli Majlis Pentashih Al-Quran sedunia.
  • Berjaya melahirkan lebih 1000 orang ulama’ Huffaz.