Muqaddimah

bismillah-thuluth

assalamualaikum-02

Hj Idris - Pengerusi EksekutifDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad S.A.W serta keluarganya, sahabatnya dang pengikutnya hingga tiada penghujung bagi akhirnya.

Syukur kehadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya Akademi Bimbingan Agama dan Al-Quran (ABADA) telah berjaya mendaftar diri sebagai sebuah yayasan bertujuan untuk melaksanakan pekerjaan ibadah, melakukan kebaikan kepada makhluk seumpama Allah Taala melakukan kebaikan kepadanya bagi mengambil inisiatif manfaat mencapai kepada matlamat meningkatkan martabat manusia amnya ke arah menetapkan wujud-Nya Allah AzzaWajalla yang menjadikan sekalian alam, supaya menyata keagungan kebesaran sifat Jalal, kesempurnaan sifat Jamal dan menyatakan kepada manusia akan hari padanya ia kelak menerima balasan amalnya, menerangkan tugas kepada manusia yang kerananya ia dijadikan dengan iman yang hidup, tubuh badan yang sihat, akhlak yang baik dan jiwa suci berhasillah kebahagiaan yang utama dituntut dan dihajati selagi tidak berlaku kiamat.

Semoga dapat membuka ruang seluas-luasnya memberi kemudahan mengumpul seberapa ramai umat manusia bersatu memberi tumpuan memperbaiki perjalanan serta amalan harian untuk beribadah sehingga dapat mengembalikan semula status tamadun kemanusiaan dengan membesarkan segala himmah, menghadapkan segala inayah, bersungguh-sungguh usaha menjadikan segala daerah dan wilayah perbendaharaan ilmu pengetahuan, perladungan kepandaian, membuka mata kepada memandang cemerlang, gemilang, terbilang dan handalan sehingga kelihatan kemegahan kedaulatan wilayahnya di antara segala Alam dan tertinggi martabatnya di antara Bani Adam dan bertambah nyata agama Islam atas segala agama.

Segala jasa baik dan kerjasama mencapai matlamat yayasan ini, Allah sahajalah yang akan membalasnya, kami mengucapkan syukur Alhamdulillah dan diucapkan terima kasih untuk semua atas kejayaannya.

Sekian Wassalam.

“MEMBINA GENERASI SOLEH”
“PEMBANGUN GENERASI KHALAF”

HAJI IDRIS BIN HAJI MUHAMUD
Pengerusi
YAYASAN ABADA