Latar Belakang
LATAR BELAKANG

Yayasan ABADA adalah sebuah Entiti saluran Amal Jariah dan Wakaf untuk Tabung Dana Pendidikan dan Kebajikan bagi membiayai secara berperingkat Projek Pembangunan Prasarana Kompleks Pendidikan Ilmu Islam, Al-Quran, Hadith, dan Bahasa Arab tahap pengajian I’dadi, Thanawi dan A’liah sistem pelajaran Nizhomi dan Umumi memenuhi keperluan pembelajaran kesinambungan Ulama’ Muktabar yang Ahli pada Babnya berada atas Aliran Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada Institusi naungan Ummah Rakyat Malaysia.

Ia ditubuhkan dengan rasminya pada 22 haribulan April 2013 di bawah akta pertubuhan 1966 No.Pendaftaran PPM 011-02-22042013 dan pemardanan di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tabung DANA PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN (Akademi Bimbingan Agama dan Al-Quran) ringkasnya ABADA.

PEMEGANG AMANAH

Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustee) Yayasan ABADA adalah Yang Berbahagia Pengerusi dan 2 orang wakil daripada Yayasan ABADA dan 5 orang wakil daripada pihak luar dari kalangan mereka yang berkelayakan memiliki Akhlak Nubuwwah dan Wilayah yang tinggi dan dipercayai mampu menjaga Amanah Allah S.W.T.

AGENSI
  • Yayasan ABADA
  • Wakil di setiap Negeri dan Daerah seluruh Malaysia

 

INSTITUSI NAUNGAN
  • INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA)
  • INSTITUT FI REHAABIL QURAN ABADA
  • DARUL QURAN WAL-HADIS AN-NASRI
  • MADRASAH AL-FARABI
  • MADRASAH NADHIRATUL AT-TAQWA
  • KEDIAMAN ABU NUR